Nuffnang

Saturday 18 April 2015

Cara Makan di Sushi King


Venue : Sushi King 
Hari   : Sabtu 
Lokasi : KL Festival 

First time makan kat Sushi King after GST . Dulu harga pinggan genap sekarang ada sen sen .
Yang  RM2 : RM 2.12 sen dan seterusnya . 
Sushi King masih lagi mengenakan caj perkhidmatan 10% sehingga diumumkan selanjutnya.


Belek belek menu air ice blackcurrent lemon dah takde , WHAT ?
Kecewa jap . Pastu waitress kata ADA . LOL salah tengok rupanya .

Ice Blackcurrent Lemon = RM 5.30 ( including GST)


Tiba tiba ada kakak sebelah nak pinjam menu 
" Dik pinjam menu , waitress lambat sangat lah"

" Kak , cuba cek bawah meja , menu bawah meja :) "


Hihi . Takpe. Saya juga pernah mengalaminya , tunggu menu padahal ada bawah meja je. 

Okay panjang pulak muqaddimah .

Tips 

1) Masuk je pilih seat yang sebelah dengan belt bergerak dan dekat dengan orang yang buat sushi tu. (ini untuk senang ambik sushi , dan kalau nak order boleh tengok sendiri orang tu buat sushi kita) 

2) Cari menu bawah meja , pilih air , kalau takde berkenan pilih je lemon blackcurrent (murah dan sedap) berbanding yang lain . Kalau tak pun beli je green tea (panas or sejuk), tekan kat buzzer atas meja dan tekan call kalau nak order.  Aku tak suggest order set meal. melainkan memang taknak makan sushi atas belt :)

3) Sushi atas belt bergerak tu boleh je terus amek dan makan . Kalau nak yang fresh . Panggil waiter pilih sushi mana yang kita nak dalam menu , sama je harga dengan yang atas belt don't worry .

4) Jangan ambik sushi paling murah yang rm2 tu , sebab rasa dia tak sedap. Paling murah yang sedap pun rm 3 , yang atas dia ikan salmon tu hehe. 

5) Buat keputusan bijak , kalau nak order meal jangan makan sushi banyak banyak sebelum meal anda sampai , bukan apa , nanti tak terhabis pulak .

6) Setakat ni meal yang kenyang bagi saya , mixed bento (ayam dan salmon) = RM13.90
tapi kalau dah makan ni , rasanya makan sushi tu satu pinggan je lalu . Pasal kenyang gila.

7) Cuba lah datang dan makan sushi je , serius best . Pasal boleh makan berjenis jenis . Sebab ada macam macam jenis sushi . My suggestions : ( mesti try dan aku taktau nama haha)

Sushi 
i) Yang ada salmon (kepingan ikan warna oren) atas dia
ii) Yang ada (kepingan ikan warna kelabu) sebenarnya ini adalah belut tapi sangat sedap
iii) Pendek kata amek sushi yang ada kepingan ikan atas dia hehe sume sedap.
iv) Sushi yang ada baby octopus 
v) Semua jenis maki : sushi yang ada kepingan ketam dan timun, selalunya empat keping dalam satu pinggan :)

Tsumami
i)  Chuka idako ( seasoned baby octopus) baby sotong kurita 
ii) Salad ( sedap salad ni)
iii) Sotong jugak , tapi kepingan sotong :) eh , nampak sangat aku suka sotong.



8) Kalau nak take away sushi pun boleh dia akan bungkus dalam bekas plastik. 

9) Kalau dah habis makan , Tekan butang buzzer "bill' dan waiter akan datang dan kira berapa pinggan kita dah makan sushi . Lepastu ambil bil dan bayar kat kaunter .

10) Guna debit card maybank kalau nak discount 10% .

Harap berguna untuk first -timer .

Kalau nak cek menu apa yang ada boleh pergi ke : http://www.sushi-king.com/




2 comments:

  1. Terima kasih sangat sangat , kitaorang dah habis makan tapi taktau nak bayar hehehe
    Terima kasih again 😋

    ReplyDelete
  2. Sekarang pkai ipad system, byr still tekan buzzer ke mcm mne yaaa

    ReplyDelete