Nuffnang

Thursday 25 September 2014

Bersangka baik

Kejadian :
Di shopping complex pada hari jumaat, tengahari, singgah makan di restoran makanan segera.
Selang beberapa meja ada dua orang laki dan seorang perempuan, berbahasa melayu, muka pun melayu.
Sebelahnya, seorang lelaki, dan perempuan kendong anak kecil.sekali lagi melayu.
Sampai luput pukul 2 baru habis makan, semua keluar dan bersiar siar di luar kedai makan tersebut.
Bedah 1 : "Ish, apa lah dorang ni, tak pergi solat jumaat ke?, dah lah bawak anak..hamjad betul"
Bedah 2: "Heh, itu kalau tak pergi solat jumaat yang sekali seminggu, jangan harap uolls dia nak solat 5 kali sehari"
Hm.
Cubalah kita bersangka baik,  mungkin
1) Bukan beragama Islam, lalu tiada kewajipan untuk bersolat jumaat.
2) Musafir
Aku suka no 1, pasal no 2 tu..
Oh, makan dan berborak huha huha selfie, groufie, wefie lah hape sempat??
nak pegi masjid depan hidung tak sempat ? Apa masalah kau. Ish rasa nk belasah je pakai selfie stick tu
Eh.

2 comments:

  1. mungkin dia uzur,
    siapa tahu?!
    (bersangka baik)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete